Cari @ Amanz

Biarpun berhadapan cabaran dan rintangan susulan bekalan cip, ia tidak mematahkan Huawei untuk terus menyediakan pelbagai pilihan terkini untuk pengguna. Mereka kini dikatakan bakal muncul dengan Huawei Enjoy 20 Pro pada 19 Jun ini.

Menjelang pelancaran rasmi, perincian utama pada peranti dikatakan telah dikongsi di arena web. Memetik informasi tertiris, peranti ini menawarkan skrin bersaiz 6.5-inci FHD+ dilengkapi skrin pada kadar segar semula mencapai 90Hz. Untuk dalaman, ia dipercayai menggunakan pemproses MediaTek Dimensity 800 dan perisian EMUI 10.1 berasaskan Android 10. Namun, tiada maklumat mengenai saiz RAM dan storan yang dikongsi.

Selain itu, ia juga bakal dilengkapi empat kamera di belakang dengan lensa utama 48MP. Melengkapinya, bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W, selain pengimbas cap jari terbina pada sisi. Jika diteliti, spesifikasi ini kelihatan sama dengan Huawei Enjoy Z. Ekoran itu, ramai berspekulasi Huawei Enjoy 20 Pro mungkin dijenamakan semula daripada Huawei Enjoy Z 5G.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd