Cari @ Amanz

Fairphone merupakan sebuah peranti mesra alam yang mempunyai keunikan tersendiri. Di mana setiap komponen yang digunakan pada peranti adalah berasaskan bahan mentah yang tidak diragui dan ia dikitar semula apabila tidak lagi digunakan.

Terkini, Fairphone telah memberikan kemas kini stabil Android Pie untuk Fairphone 2 yang dilancarkan pada tahun 2015. Perkara ini dikongsi oleh pihak Fairphone sendiri menerusi laman Twitter rasmi mereka, Melalui penawaran ini, kita dapat lihat Fairphone masih menjaga penawaran kemas kini pada peranti keluarannya lebih lama berbanding pengeluar lain yang hanya sehingga dua tahun.

Ini tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini Fairphone ialah satu-satunya peranti dengan Snapdragon 801 yang menerima kemas kini ke Android Nougat. Dengan peranti yang masih disokong pengeluar, kebarangkalian ia dibuang dan menjadi sisi elektronik akan dikurangkan. Sekaligus menepati tujuan asal mengapa Fairphone dihasilkan iaitu untuk mengurangkan pencemaran.

Fairphone 2 dilancarkan pada tahun 2015. Peranti ini membawakan skrin bersaiz 5-inci, dijana pemproses 801, 2GB RAM dan storan 32GB. Ia juga membawakan kamera utama 8-Megapixel dan bateri 2,420mAh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd