Huawei Dilaporkan Menangguhkan Pengeluaran Mate 40

Huawei Dilaporkan Menangguhkan Pengeluaran Mate 40

Diterbitkan pada June 18, 2020 oleh .

Huawei biasanya melancarkan peranti siri Mate pada bulan Oktober sebagai pesaing kepada siri Galaxy Note dan iPhone. Tetapi ini strategi pemasaran mungkin terpaksa ditukar kerana halangan yang telah dikenakan oleh Amerika Syarikat. Menurut Nikkei Asian Review, pengeluaran Huawei Mate 40 mungkin ditangguhkan sehingga dua bulan kerana mereka perlu melihat semula inventori cip HiSilicon mereka.

Hanya sebulan lalu Amerika Syarikat menghalang Huawei dari menerima bekalan cip dari pengeluar pihak ketiga yang menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat. Oleh sebab itu HiSilicon tidak boleh mengakses cip TSMC yang dihasilkan menggunakan teknologi 7nm milik Amerika Syarikat.

Dengan bekalan cip yang terhad, Huawei dipercayai sedang memikirkan untuk menggunakan cip yang dikeluarkan oleh MediaTek dan Qualcomm. Ini akan mengakibatkan litar komponen Mate 40 perlu direka semula sekaligus mengakibatkan perubahan pada rekabentuk peranti.



TIPS & ULASAN