Google Images Kini Memaparkan Maklumat Imej Yang Dimanipulasi

Google Images Kini Memaparkan Maklumat Imej Yang Dimanipulasi

Diterbitkan pada Jun 23, 2020 oleh .

Bangun pagi buka aplikasi media sosial dan kami yakin anda akan melihat sekurang-kurangnya satu imej tular yang diterima dari “kawan sebelah”. Cabaran kehidupan di dunia moden ialah menyangkal kebathilan setiap hari mengguna teknologi namun berapa ramai yang mengambil langkah tambahan memeriksa sumber sebelum menyebarkan mesej tular?

Google Images ialah laman yang kami kerap gunakan untuk mencari sumber imej bagi memastikan kesahihan. Proses pengesahan kesahihan imej menggunakan Google Images kini lebih mudah dengan sokongan maklumat imej yang mungkin telah dimanipulasi secara terbina. Google menggunakan khidmat sumber ClaimReview untuk paparan maklumat yang sahih pada imej yang dicari.

Dengan sokongan terbina ini Google berharap media yang telah dimanipulasi dengan mudah dapat dikesan. Ia adalah satu lagi usaha Google untuk menentang penyebaran maklumat palsu selepas sokongan yang sama diberikan di YouTube dan Google Search sebelum ini,



Paling Popular