Facebook Menghentikan Penjualan Oculus Go

Facebook Menghentikan Penjualan Oculus Go

Diterbitkan pada June 24, 2020 oleh .

Masihkah anda ingat empat tahun yang lalu realiti maya menjadi gimik yang popular di kalangan pengeluar. Pelbagai peranti realiti maya dilancarkan dan Oculus Go adalah antara yang paling menarik kerana ia mampu berfungsi secara kendiri. Selepas tiga tahun, Facebook mengumumkan penjualan Oculus Go telahpun dihentikan.

Oculus GoKepada pemilik Oculus Go, sokongan kemas kini aplikasiĀ  baharu akan dihentikan pada 4 Disember 2020 dan aplikasi baharu pula tidak akan diterbitkan selepas 18 Disember 2020. Sungguhpun begitu kemas kini perisian dan tampalan pepijat akan diberikan sehingga 2022. Hanya dua bulan yang lalu Oculus turut menamatkan sokongan untuk Samsung Gear VR.

Oculus Ia dilengkapi skrin 2560 x 1440 WQHD dengan kepadatan pixel 538 ppi, diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 821 dan dihasilkan dengan kerjasama Xiaomi. Terdapat sebuah pengawal permainan disertakan dengan setiap pembelian. Dengan penamatan penjualannya, tumpuan akan diberikan kepada Oculus Quest dan Oculus Rift,



TIPS & ULASAN