Carian
iFlix Dilihat Kini Diterbitkan Dibawah Tencent
June 24, 2020 Aman

iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang popular dikalangan pengguna tempatan. Ia menawarkan pelbagai kandungan tempatan melaluinya, pada harga langganan yang rendah.

Apa pun, perkhidmatan iFlix dilihat menghadapi masalah dana untuk beroperasi, dan baru-baru ini pengasas awal syarikat berkenaan dilaporkan telah berhenti, meninggalkan syarikat berkenaan.

iFlix Tencent

Lanjutan daripadanya, melalui laporan Rnggt, ia didapati yang mana aplikasi iFlix diterbitkan dibawah nama Renfeng Media Tech – iaitu salah satu syarikat dibawah Tencent. Penerbit sama juga menerbitkan aplikasi WeTV, salah satu perkhidmatan penstriman video, juga dibawah Tencent.

Buat masa ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada pihak Tencent ataupun iFlix berkaitan perkara ini. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Komen