Apple Mungkin Tidak Menyertakan Pengecas Dan Fon Telinga Dalam Kotak iPhone Akan Datang

Apple Mungkin Tidak Menyertakan Pengecas Dan Fon Telinga Dalam Kotak iPhone Akan Datang

Diterbitkan pada June 29, 2020 oleh .

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kita telah mendengar pelbagai desas-desus berkenaan iPhone akan datang, yang mungkin dikenali dengan nama iPhone 12. Ia telah diperkatakan Apple mungkin tidak menyertakan fon telinga EarPods dalam kotak – dalam usaha mengalakkan pengguna membeli AirPods, dan terbaru, menurut penganalisa Ming-Chi Kuo, Apple turut mungkin tidak menyertakan pengecas dalam kotak iPhone.

Dengan mengurangkan beberapa aksesori ini, Apple dijangka akan dapat mengekalkan harga jualan iPhone seperti biasa – walaupun menyertakan sokongan 5G yang meningkatkan kos berbanding iPhone sebelum ini.

Pada masa yang sama, Apple juga mungkin memasarkan langkah ini sebagai lebih mesra alam, selain mengalakkan pengguna menggunakan pengecas dan aksesori sedia ada bersama iPhone baru mereka kelak.

Secara tidak langsung, langkah ini juga akan mengecilkan lagi saiz kotak iPhone baru kelak. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Apple akan menyertakan kabel Lightning atau sebaliknya bersama-sama di dalam kotak iPhone baru.

iPhone

Disamping itu, Apple juga dijangka akan memperkenalkan pengecas 20W bersama-sama iPhone baru kelak – yang mana akan dijual secara berasingan.

Sekiranya Apple melaksanakan perkara ini melalui iPhone baru kelak, tidak mustahil kita turut melihat pelbagai pengeluar lain di pasaran mengikut jejak langkah sama.

Bagi anda sendiri, adakah perlu untuk menyertakan pengecas dan fon kepala bersama-sama pembelian telefon baru?



TIPS & ULASAN