Carian
Google Smart Home Summit Dilangsungkan 8 Julai Ini – Dongel Android TV Mungkin Dilancarkan
June 30, 2020 Effi Saharudin

Pada 8 Julai ini Google Smart Home Summit akan dianjurkan secara atas talian. Di dalam acara ini Google akan menyentuh mengenai sistem dan pengintegrasian peranti berhubung mereka yang selama ini dilakukan ketika Google I/O yang telah dibatalkan. Terdapat kebarangkalian tinggi dongel Android TV Sabrina yang telah tertiris akan dilancarkan ketika acara ini.

Bagi yang terlepas pandang, Sabrina pada asalnya dipercayai ialah Chromecast versi baharu tetapi kini didapati adalah dongel Android TV seperti Mi TV Stick. Apabila dipasang pada mama-mana TV menerusi port HDMI, TV tersebut akan berubah menjadi sebuah televisyen pintar Android TV. Selain imej pengolokan rasmi dan alat kawalan jauh, Sabrina juga telah ditemui di dalam kod Android 11 Beta.

Seperti Chromecast, Sabrina kelak dipercayai boleh menyokong penstriman vide0 4K, menjadi hub rumah pintar dan menstrim perkhidmatan Google Stadia. Maklumat lanjut akan diketahui dengan lebih lanjut minggu hadapan.

Komen