Cari @ Amanz

Empat tahun yag lalu Pokemon GO membuktikan permua yang memerlukan anda berjalan dan mempunyai elemen realiti terimbuh boleh menarik minat sekiranya dilakukan dengan baik. Hasilnya teknologi yang dibangunkan oleh Niantic Labs ini turut digunakan pada permua Harry Potter : Wizards dan kelak untuk Catan – World Explorers.

Permua ini mengambil inspirasi dari permainan atas meja Settlers of Catan dan ia turut dibangunkan oleh Niantic Labs. Permain perlu keluar ke dunia sebenar untuk mencari sumber seperti batu, bijirin, besi dan kayu yang kemudiannya digunakan untuk membina bangunan maya.

Elemen dari permainan asal akan dikekalkan dengan kemampuan bertukar-tukar sumber dengan pemain lain dalam mod multi pemain atas talian. Bagi yang berminat Niantic Labs membuka pendaftaran minat menerusi laman Catan World Explorers hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd