Cari @ Amanz

Selain Realme yang bakal memperkenalkan telefon pintar X50 mereka untuk pasaran Malaysia, Proton yang dalam perancangan melancarkan kereta X50 tidak lama lagi, kini Vivo turut dilihat bakal membawa masuk satu lagi produk dengan nama lebih kurang sama, iaitu Vivo X50.

Terbaru, Vivo Malaysia mengatakan bakal membawa masuk siri X50 untuk pasaran tempatan. Vivo sebelum ini telah melancarkan siri peranti Vivo X50 di China, dimana salah satu fokus utamanya adalah sokongan fotografi yang menarik dan hadir dengan sokongan gimbal untuk penstabilan ketika rakaman video.

Tiga telefon pintar diperkenalkan dibawah siri Vivo X50, iaitu Vivo X50, Vivo X50 Pro dan juga Vivo X50 Pro+. Ia tidak diketahui sama ada ke semua model akan memasuki pasaran Malaysia, atau sebaliknya.

Pihak Vivo mengatakan siri ini akan hadir dalam tiga variasi warna menarik untuk pasaran Malaysia.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd