Klon TikTok Dari Facebook “Lasso” Akan Ditamatkan Pada 10 Julai

Klon TikTok Dari Facebook “Lasso” Akan Ditamatkan Pada 10 Julai

Diterbitkan pada July 3, 2020 oleh .

Pada tahun 2018, Facebook hadir dengan klon TikTok bernama Lasso. Segala fungsi dan ciri adalah mirip dengan TikTok, cuma Lasso boleh digunakan di beberapa negara terpilih sahaja. Baru-baru ini, pengguna Lasso dilihat menerima notifikasi memberitahu yang Lasso akan ditamatkan pada 10 Julai dan mereka yang ingin menyimpan video yang sudah dihasilkan perlu muat turun sebelum tarikh yang dinyatakan.

Menurut sumber, atas sebab Facebook tamatkan Lasso adalah kerana ingin fokus kepada ciri penyuntingan video “Reel” yang terbina pada Instagram. Reel juga mempunyai persamaan dengan TikTok, jadi kenapa perlu dua aplikasi sama jika semuanya boleh diintegrasikan dalam satu aplikasi? Ini mungkin jadi masalah besar, kerana jumlah pengguna Lasso tidak sebanyak TikTok dan pengguna setia Lasso boleh sahaja berhijrah ke Instagram Reel kerana ia adalah perkara sama sahaja. Cuma, buat masa ini Reel pada Instagram masih lagi terhad di negara yang terpilih sahaja.



TIPS & ULASAN