Cari @ Amanz

Google akhirnya menguji fungsi Nearby Share, iaitu klon AirDrop mereka untuk Android. Dalam kemaskini beta Google Play Services, Nearby Share dilihat muncul untuk beberapa peranti Android 10 (Pixel setakat ini). Fungsi ini turut dilaporkan akan berfungsi pada Chrome dan Chrome OS.

Terkini, Chrome Story telah memperlihatkan fungsi Nearby Share ini muncul dalam Chrome OS Canary. Namun disebabkan mereka tiada peranti Pixel, tidak pasti jika fungsi ini berfungsi ataupun tidak. Mereka hanya memperlihatkan kemampuan memilih fail dan kongsi akan memaparkan Share Sheet Android untuk mula mencari dan berkongsi pada peranti lain.

Tidak pasti bila Google akan edarkan fungsi ini kepada Chrome OS. Apa yang pasti, pengguna Android akan dapat merasainya terlebih dahulu. Berkemungkinan besar ia akan diperkenalkan pada Pixel 4a terlebih dahulu, Pixel 5 dan kemudian barulah pengguna Android 6.0 ke atas dapat menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd