OnePlus Nord Akan Menggunakan Sistem Kamera 48MP

OnePlus Nord Akan Menggunakan Sistem Kamera 48MP

Diterbitkan pada July 8, 2020 oleh .

OnePlus Nord adalah peranti kelas pertengahan dari OnePlus kedua selepas bertahun lamanya sejak OnePlus X. Mereka sendiri kurang yakin dengan produk kelas pertengahan ini, kerana kejap kata mereka tiada lagi produk kelas pertengah – tetapi tiba-tiba kedengaran OnePlus Z yang mana kini disahkan adalah OnePlus Nord. Jadi, kali ini OnePlus dilihat begitu serius dengan peranti ini dan untuk strategi yang selamat – mereka hanya lancarkan peranti ini di Eropah, India dan Malaysia terlebih dahulu.

Menurut Carl Pei, OnePlus Nord akan menggunakan sistem kamera peranti mercu. Terkini, laporan dari Android Central menyatakan yang peranti ini akan menggunakan sistem kuad-kamera dengan lensa utama adaah 48MP. Ia kemudian akan dipadankan dengan lensa 8MP sudut ultra lebar, 5MP lensa makro dan 2MP lensa potret. Untuk kamera swafoto, ia akan menggunakan tetapan dwi-lensa 32+8 Megapixel. Peranti turut disahkan akan dijana dengan Snapdragon 765G, yang mana jika adalah antara peranti terawal dengan cip ini bakal tiba ke pasaran Malaysia.

Spesifikasi lain yang dilaporkan adalah, ia akan menggunakan memori 6/128 GB dan mempunyai bateri 4300mAh. Turut kedengaran yang peranti ini akan menggunakan bentuk seakan OnePlus 8 dengan susun atur kamera berbeza serta skrin berlubang berkembar. Tidak pasti bila ia akan tiba ke pasaran Malaysia, tetapi 21 Julai ini OnePlus akan melancarkan peranti ini dalam bentuk realiti terimbuh. Sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN