Cari @ Amanz

Speaker pintar Google Home dilancarkan enam tahun yang lalu bagi memudahkan proses memintarkan rumah, menjadi hab membaca berita dan paling penting sekali sebuah pembesar suara dengan kawalan suara Google Assistant. Selepas itu ia digantikan dengan Google Home Mini dan Google Next Mini berbentuk bulat leper.

Imej di atas melepasi pangkalan data FCC di Amerika Syarikat. Google Home kini mempunyai rekaan bujur menyerupai Google Home Max tetapi bersaiz jauh lebih kecil. Ia juga diletakkan secara menegak seperti Google Home versi pertama. Keseluruhan tubuh kecuali tapak dilitupi bahan kanvas yang sama seperti Google Home dan Home Max terdahulu. Dapat juga dilihat ialah butang fizikal membisukan mikrofon dan logo Google.

Tidak diketahui bilakah speaker pintar ini akan dilancarkan tetapi pastinya serentak dengan dongel Android TV Sabrina yang turut berbentuk bujur. Pada asalnya ini diramalkan berlaku pada 8 Julai lalu tapi acara Google Home Summit hanya mengumumkan perisian tanpa sebarang perkakasan.

Dikemaskini

Awal pagi ini kami melaporkan rekaannya tertiris menerusi laman FCC dan Google terus mengesahkan kewujudannya menerusi imej di atas dan sebuah video acah. Google Nest baharu ini diletakkan secara menegak dan nampaknya akan dilancarkan dalam pelbagai warna seperti merah jambu, biru dan kelabu. Sekiranya pengguna memiliki lebih daripada satu Google Nest baharu ini, ia boleh berfungsi sebagai sebuah sistem pembesar suara stereo seperti Home Max.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd