Cari @ Amanz

Reliance Jio Platforms boleh dikatakan syarikat teknologi yang sedang berkembang dengan kadar paling pesat hari ini dengan penawaran perkhidmatan pelan telekomunikasi dan telesidang paling popular di India.

Pelbagai gergasi teknologi seperti Intel dan Facebook telahpun melaburkan sejumlah wang yang banyak kepada Reliance Jio Platforms dan terkini, tiba giliran Qualcomm pula untuk melaburkan $97 juta (~RM420 juta) untuk memiliki pegangan ekuiti sebanyak 0.15 peratus syarikat tersebut.

Reliance Jio Platforms dikatakan telah menerima pelaburan lebih dari $15 bilion (~RM62 bilion) dalam masa 12 minggu sahaja. Dengan pelaburan terkini daripada Qualcomm, Reliance Jio akan menerima bantuan dala membangunkan infrastruktur dan perkhidmatan 5G untuk pelanggan-pelanggan mereka dari India.

Reliance Jio mempunyai 400 juta pelanggan di India yang turut menggunakan pelbagai perkhidmatan digital mereka seperti JioMeet, JioTV dan juga JioMusic.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd