Cari @ Amanz

Selain Asus ROG Phone 3, kita juga bakal menyaksikan kemunculan rasmi Lenovo Legion Gaming Phone pada 22 Julai ini. Kedua-duanya merupakan peranti memfokuskan permua yang ditunggu-tunggu dan masing-masing memiliki kelompok peminat yang tersendiri.

Debaran pelancaran semakin terasa dan kini, semakin banyak maklumat tertiris mula dikongsi. Terbaharu, antaramuka untuk Lenovo Legion Gaming Phone dikatakan telah diperlihatkan dalam sebuah video ringkas. Video berkenaan dikatakan memberi gambaran mengenai kelancaran operasi pada peranti dan dalam masa sama, turut mendedahkan sejumlah spesifkasi utama.

Selain daripada menggunakan pemproses Snapdragon 865+, Lenovo Legion Gaming Phone juga dilengkapi sokongan kadar segar semula yang tinggi 144Hz. Namun begitu, jenis panel yang digunakan masih belum diketahui. Seterusnya, peranti ini turut tersedia dalam versi 6GB RAM (LPDDR5) dan storan 128GB (UFS 3.0), selain perisian yang digunakan adalah antaramuka ZUI 12 berasaskan Legion OS. Difahamkan. ketirisan sebelum ini mengatakan ia mungkin turut menawarkan memori sehingga 16GB RAM.

Peranti ini juga dilihat akan dilengkapi bateri besar 5,000mAh dengan pengecasan pantas 90W. Pun begitu, mesra diingatkan segala maklumat tertiris masih lagi diperingkat ura-ura. Benar atau tidak, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak. Tetapi jika ianya benar, apa pendapat anda mengenainya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd