Realme Kelak Akan Melancarkan Peranti Dengan Bateri 6000 mAh

Realme Kelak Akan Melancarkan Peranti Dengan Bateri 6000 mAh

Diterbitkan pada July 14, 2020 oleh .

Salah satu titik tumpuan pada sesebuah peranti pintar masa kini adalah sokongan bateri dengan kapasiti yang besar. Seingat kami, awal-awal dulu bateri 6000 mAh ini hanya terdapat pada Asus ROG Phone 2, kemudiannya ia diikuti oleh pengeluar lain seperti Samsung.

Namun begitu, nampaknya trend tersebut bakal diikuti pula oleh Realme yang mana dikatakan bakal muncul dengan peranti terbaru bersama bateri besar 6000 mAh tidak lama lagi. Perkhabaran ini dikongsi sendiri oleh Pengarah Pemasaran Realme Indonesia, Palson Yi menerusi laman Instragram peribadi beliau.

Hantaran beliau hanya memperlihatkan sebuah imej acah dengan slogam “Leap to Next Power” bersama penggunaan imej yang menunjukkan bateri berkapasiti 6000 mAh. Model tersebut masih belum didedahkan secara terperinci dan spesifikasi utama juga masih belum diketahui. Sebelum ini peranti Realme hanya dilengkapi bateri dengan kapasiti bateri sebesar 5000 mAh sahaja seperti Realme C11 yang baru sahaja dilancarkan.

Samsung sendiri juga sebelum ini telah mengesahkan bahawa Samsung Galaxy M41 akan didatangkan dengan bateri sebesar 6800 mAh. Bagaimanapun, rekod peranti dengan bateri terbesar masih dipegang oleh Energizer Power Max P18K Pop dengan bateri 18,000 mAh,



TIPS & ULASAN