Cari @ Amanz

Kerana wabak koronavirus, acara sukan terpaksa dilakukan tanpa penonton. Pelbagai teknologi dibangunkan bagi memberikan pengalaman yang sehampir mungkin kepada zaman pra norma baharu.  Bagi liga bola keranjang NBA, penyelesaian kepada masalah tiada penonton ialah menggunakan aplikasi telesidang Microsoft Teams.

Skrin gergasi akan diletakkan di sisi gelanggang. Peminat kemudian boleh hadir ke stadium secara maya menggunakan ciri Together Mode Microsoft Teams. Together Mode baru sahaja diumumkan beberapa minggu yang lalu yang membolehkan peserta telesidang dipaparkan seperti berada di dalam bilik yang sama. Menerusi ciri ini seramai 320 peminat akan dipaparkan pada skrin setinggi 17 kaki di tiga sisi gelanggang.

Selain visual, audio dari penonton akan disalurkan ke stadium dan penonton di rumah. Liga NBA akan bersambung semuka pada 30 Julai ini selepas digantung sejak 11 Mac apabila beberapa pemain dijangkita virus Covid-19. Selain NBA, Liga Perdana Inggeris menggunakan audio dari permainan video FIFA untuk memberikan pengalaman seperti penonton masih di stadium. Hear Me Cheer pula membenarkan penonton memberikan sokongan audio dari rumah dalam perlawanan gusti dan UFC.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd