Peranti OnePlus Nord Dengan Snapdragon 690 Diperlihatkan Dalam Kod Oxygen OS 10.5

Peranti OnePlus Nord Dengan Snapdragon 690 Diperlihatkan Dalam Kod Oxygen OS 10.5

Diterbitkan pada July 29, 2020 oleh .

OnePlus Nord adalah siri peranti kelas pertenghahan dari OnePlus. Peranti Nord pertama mereka akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi dan ia dijana dengan Snapdragon 765G. Peranti ini boleh dikatakan adalah peranti yang murah dengan bahan binaan plastik di rangka, banyak ciri/fungsi dibuang dan kamera yang baik-baik sahaja. Sasaran OnePlus pada peranti Nord ini adalah pengalaman penggunaan Oxygen OS peranti mercu mereka pada peranti yang lebih murah.

Disebabkan Nord adalah siri dan bukannya satu model sahaja, OnePlus dikatakan bakal hadir dengan pelbagai variasi lagi. Terkini, XDA melaporkan yang sebuah peranti lain OnePlus Nord yang dijana dengan Snapdragon 690 muncul dalam kod pembinaan Oxygen OS 10.5. Snapdragon 690 adalah pengganti kepada Snapdragon 675, dibina dengan rekaan 8nm dan dihasilkan oleh Samsung. Ia adalah cip pemprosesan dengan konfigurasi 2+6 teras yang mana, 2 teras ARM Cortex-A77 mempunyai kuasa sehingga 2.0GHz dan 6 teras ARM Cortex-A55 dengan kuasa yang mencapai 1.7GHz. Untuk GPU, ia menggunakan Adreno 619L, yang mana mempunyai 60% pebingkatan kuasa berbanding Adreno 612 dalam Snapdragon 675.

Bukan itu sahaja, cip pemproses ini juga adalah cip yang menyokong rangkaian 5G yang menggunakan modem Snapdragon X51 5G, dan dikatakan adalah peranti OnePlus Nord yang mungkin akan memasuki pasaran Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Jika anda tidak tahu, kod nama OnePlus Nord adalah AC2001 dan AC2003 yang mana AC adalah mewakili Avicii bersempena dengan DJ terkenal. Dalam kod Oxygen OS 10.5 ini telah memperlihatkan kod BE2025”, “BE2026”, “BE2028”, atau “BE2029 yang dikatakan mungkin berasaskan nama penyanyi Billie Ellish. Keempat-empat kod ini dilihat dipadankan dengan SM6350, iaitu kod bagi Snapdragon 690. Kemudian dalam kod pembangunan pelancar OnePlus Launcher kelihatan kod Billie2T dan Billie8T yang memberi petanda akan ada dua variasi OnePlus Nord dengan cip pemprosesan ini.

OnePlus dilihat amat serius dalam pengenalan peranti OnePlus Nord. Besar kemungkinan kita akan dengar lebih lanjut mengenai peranti ord kedua selepas Nord dilancarkan di Malaysia dan sudah tiba ke semua pengguna Eropah dan India.



Paling Popular