Qualcomm Dilaporkan Sedang Melobi Untuk Dibenarkan Menjual Cip 5G Kepada Huawei

Qualcomm Dilaporkan Sedang Melobi Untuk Dibenarkan Menjual Cip 5G Kepada Huawei

Diterbitkan pada Ogos 9, 2020 oleh .

Berita paling mengejutkan semalam ialah Huawei akan berhenti menggunakan cip Kirin buatan mereka sendiri kerana halangan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Huawei Mate 40 akan menjadi peranti terakhir menggunakan cip keluaran sendiri dan mereka perlu menggunakan cip keluaran pihak ketiga selepas ini.

Menurut laporan Wall Street Journal pagi ini, Qualcomm telah memulakan usaha untuk melobi dibenarkan untuk menjual cip 5G mereka kepada Huawei. Selepas Huawei dimasukkan ke dalam senarai entiti, syarikat dari A.S perlu memohon lesen khas untuk dibenarkan berurusan dengan mereka.

Jika tidak dibenarkan berurusan dengan Huawei, Qualcomm berkata ia akan memberikan keuntungan kepada pesaing mereka iaitu MediaTek dan Samsung. Ini sekaligus akan merugikan syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat sekiranya tidak dibenarkan berurusan dengan Huawei.

Samsung tidak memberikan sebarang komen mengenai laporan ini sementara MediaTek pula berkata cip 5G mereka dipasarkan kepada pelanggan global. Huawei Enjoy 20 Pro telahpun melancarkan peranti dengan cip MediaTek Dimensity 800. Sementara itu Vivo X30 telah menggunakan cip Exynos 980 5G.



TIPS & ULASAN