Cari @ Amanz

DXOMark adalah syarikat yang membuat ujian tanda aras bagi kamera. Untuk kebanyakan telefon pintar, ramai yang akan melihat skor ini bagi membuat keputusan dalam membali peranti dengan kemampuan kamera terbaik. Huawei sentiasa yang terulung, dengan skor 128 pada Huawei P40 Pro. Tetapi, Huawei akhirnya tewas dengan jenama yang suatu masa dahulu – terkenal dengan peranti yang dijual pada harga mampu milik.

Xiaomi Mi 10 Ultra adalah peranti mercu yang baru sahaja Xiaomi lancarkan sebentar tadi. DXOMark memberi skor sebanyak 130 keseluruhan, yang mana kini adalah yang teratas. Skor untur fotografi adalag 142 yang mana adalah rekod baru, manakala videografi pula adalah 106.

Menurut DXOMark, skor 142 pada foto adalah rekod baru yang mengejutkan – yang mana tiada kelemahan yang serius. Ia mempunyai nilai dynamic range tinggi, warna yang tajam, butiran jitu, kesan kabur yang kemas, zum yang baik – oh ya, mod malam juga hebat. Video dengan skor 106 menurut mereka, pertama kali mempunyai nilai tinggi yang hampir sempurna pada 4K60FPS. Pergerakan lancar, warna cantik dan berkualiti padan dengan kelas mercu.

Mi 10 Ultra dijual pada harga mencecah lebih RM4200. Dengan skor setinggi ini, harga juga lebih murah dari Galaxy Note20 Ultra – mampukah Samsung menandingi Xiaomi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd