Cari @ Amanz

Peranti dengan sokongan bateri yang besar membolehkan penggunaan harian dapat bertahan lebih lama. Akhir-akhir ini, kita telah melihat pelbagai peranti yang hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh dan ke atas, sekaligus memudahkan pengguna menggunakan sesuatu peranti itu untuk sepanjang hari tanpa perlu mengecasnya berulang kali.

Sokongan bateri besar 6,000mAh mula dipopularkan oleh ROG Phone 2 sekitar tahun 2019. Selain Asus, beberapa peranti baru telah mula hadir dengan bateri berkapasiti 6000mAh. Terbaru, Realme dijangka hadir dengan satu lagi telefon pintar dengan kapasiti bateri sebesar 6000mAh, dan mungkin dikenali dengan nama Realme C12.

Ternyata ianya benar dan tarikh pelancarannya turut telah dikongsi yang mana ia dijadualkan berlangsung di India pada 18 Ogos kelak. Seiring itu, pada acara sama, Realme turut dijangka memperkenalkan Realme C15 untuk pasaran India, yang mana sebelum ini telah pun dilancarkan di Indonesia. Sebagai peranti yang dilancarkan di bawah siri Realme C, kita boleh menjangkakan Realme C12 juga hadir dengan spesifikasi asas sama seperti Realme C11 dan Realme C15, dan ditawarkan pada harga yang mesra poket.

Sama-sama kita nantikan 18 Ogos ini untuk mengetahui lanjut mengenai telefon pintar Realme C12 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd