Cari @ Amanz

Baru-baru ini, kita telah menyaksikan ‘pertempuran’ sengit dalam penawaran telefon pintar untuk permua tegar menerusi kemunculan ASUS ROG Phone 3 dan Lenovo Legion Phone Duel. Kali ini, giliran penawaran komputer riba gaming pula bakal mencuri perhatian ramai.

Selain daripada Redmi, nampaknya Honor turut mempunyai perancangan yang sama untuk memperkenalkan siri komputer riba gaming pertama mereka. Dikenali sebagai Honor Hunter, jenama ini bagaimanapun masih berteka-teki mengenai spesifikasi dalamannya. Mereka hanya memperlihatkan kemasan logo yang bakal dibawa oleh komputer riba ini.

Namun begitu, terdapat laporan yang mengatakan ianya mungkin akan dilengkapi cip pemprosesan AMD. Tarikh pelancarannya juga masih belum dikongsi. Akan tetapi rasanya, kita boleh menjangkakan ianya bakal tiba tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd