Kelengkapan Huawei Dilaporkan Akan Dibuang Dari Sistem Telekomunikasi Di India

Kelengkapan Huawei Dilaporkan Akan Dibuang Dari Sistem Telekomunikasi Di India

Diterbitkan pada Ogos 26, 2020 oleh .

Tahun 2020 ialah annus horribilis bagi Huawei dengan halangan perniagaan keatasnya diperketatkan oleh kerajaan Amerika Syarikat sehingga menyebabkan cip HiSilicon Kirin terpaksa dihentikan. Tetapi menurut laporan Financial Times hari ini , ia akan menjadi semakin buruk kerana kelengkapan telekomunikasi mereka dan syarikat dari China akan dibuang secara perlahan-lahan dari infrastruktur sedia ada di India.

Menara Telekomunikasi
Menara telekomunikasi

Kerajaan India tidak akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengharamkan penggunaan peralatan telekomunikasi dari China untuk mengelakkan kemarahan dari Beijing. Seperti yang berlaku di United Kingdom, tindakan ini diambil atas dasar keselamatan negara oleh kerajaan pimpinan Narendra Modi. Ini adalah satu lagi tamparan hebat kepada syarikat telekomunikasi China yang telahpun dilarang dari membekalkan kelengkapan 5G di India.

Pertempuran di antara tentera India dan China baru-baru ini juga menjadikan hubungan diplomatik menjadi tegang. Akibatnya aplikasi popular dari China seperti TikTok dan WeChat telahpun diharamkan dari dimuat turun. Pengeluaran iPhone di India juga terganggu kerana barangan yang perlu diimport dari China.



TIPS & ULASAN