Realme 6 Dengan Skrin 90Hz Ditawarkan Pada Harga RM699 Untuk Hari Ini

Realme 6 Dengan Skrin 90Hz Ditawarkan Pada Harga RM699 Untuk Hari Ini

Diterbitkan pada Ogos 28, 2020 oleh .

Realme 6 merupakan salah satu telefon pintar terbaru yang telah hadir ke pasaran tempatan pada bulan Mac lepas. Ia membawakan tanda harga RM999, dan kini pihak Realme menawarkan telefon pintar ini pada harga diskaun, membolehkan pengguna mendapatkannya pada harga RM699.

Realme 6 menggunakan skrin 6.5-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula mencapai 90Hz, dijana cip MediaTek Helio G90T, memori 4GB RAM dan storan 128GB. Melengkapkan ia adalah bateri 4300mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan Realme 6, boleh menyemak penawaran khusus hari ini, 28 Ogos ini, dan mendapatkannya pada harga RM699. Untuk makluman, pihak Realme kini turut dalam perancangan memperkenalkan Realme 7 secara rasminya.

Beli : Realme 6



Paling Popular