Cari @ Amanz

Bulan September ini nampaknya kita bakal melihat dua siri daripada Realme yang akan dilancarkan secara rasmi. Pertama, kita ada siri Realme X7 yang dijadualkan berlangsung pada 1 September. Kemudian dalam perkembangan terbaru, kita juga ada siri Realme 7 yang disahkan bakal hadir secara rasmi pada 3 September pula.

Bercakap mengenai siri Realme 7, siri ini akan hadir dalam dua model berbeza iaitu Realme 7 dan Realme 7 Pro. Ini telah disahkan menerusi poster pelancaran yang dikongsikan oleh Realme India di laman Twitter mereka, sebentar tadi. Dalam hantaran yang sama, Realme India turut mengesahkan peranti ini akan dilengkapi sokongan pengecasan pantas 65W Super Dart dan kamera utama dengan lensa 64-Megapixel. Poster turut mengesahkan peranti ini akan hadir dengan panel hadapan berlubang untuk peletakan kamera swafoto bersama sokongan lensa tunggal.

Tiada lagi maklumat lain berkaitan peranti yang dikongsi pada hantaran tersebut. Namun begitu, terdapat khabar angin mengatakan spesifikasi lengkap peranti ini telah tertiris sebelum ini. Untuk ketahui spesifikasi tertiris ini benar atau tidak, segalanya akan terjawab ketika pelancaran rasmi kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd