Realme telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan siri Realme 7 secara rasmi pada 3 September ini. Semakin menghampiri hari pelancaran, semakin banyak maklumat tertiris berkaitan peranti yang dikongsi. Kali ini, giliran spesifikasi Realme 7 Pro pula dikatakan tertiris.

Realme 7 dipercayai akan dilengkapi sokongan pemproses Snapdragon 720G. Ia juga akan digabungkan dengan sokongan memori sehingga 8GB RAM dan ruang storan dalaman 128GB. Selain itu, ia juga dikhabarkan hadir dengan paparan bersaiz 6.4-inci FHD+ dengan panel Super AMOLED. Ia juga dipercayai mempunyai empat kamera utama dengan konfigurasi 64-Megapixel (IMX682) (f/1.8) + 8-Megapixel (f/2.3) + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Kamera swafoto pula membawakan lensa tunggal sebesar 32-Megapixel.

Spesifikasi lain termasuklah bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 65W dan sokongan pembesar suara stereo. Mesra diingatkan, maklumat ini masih lagi di peringkat ura-ura dan nantikan pelancaran rasmi kelak untuk ketahui lebih lanjut mengenai penawarannya.