GoPro Kini Boleh Digunakan Sebagai Kamera Web Untuk Komputer Windows 10

GoPro Kini Boleh Digunakan Sebagai Kamera Web Untuk Komputer Windows 10

Diterbitkan pada Ogos 28, 2020 oleh .

Julai lalu GoPro melancarkan aplikasi Beta untuk komputer Mac yang membolehkan kamera Hero Black8 Black digunakan sebagai kamera web. Hari ini mereka melancarkan pula aplikasi yang sama tetapi untuk sistem operasi Windows 10.

Versi Mac kini adalah perisian penuh manakala versi Windows 10 pula adalah versi Beta. Menerusi perisian ini kamera Hero8 Black boleh digunakan untuk sesi telesidang Zoom, Webex, Facebook Rooms, Google Meet, Skype. Twitch, Slack, Microsoft Teams, Twitch, Discord dan YouTube Live.

Untuk langkah lengkap menggunakan kamera aksi sebagai kamera web dan memuat turun perisian yang diperlukan sila ke pautan di bawah. Wabak Covid-19 menyebabkan kekurangan kamera web di pasaran. Selain GoPro syarikat pengeluar kamera digital seperti Canon, Panasonic, Nikon dan Sony telah melancarkan aplikasi yang membolehkan produk mereka digunakan sebagai kamera web.



TIPS & ULASAN