Carian
Sony Mengeluarkan Perisian Yang Mengubah Kamera Digital Menjadi Kamera Web
August 21, 2020 Effi Saharudin

Walaupun kita kini di bulan Ogos, masih ramai yang masih belum pulang bekerja sepenuh masa bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19. Di negara-negara barat pula sekolah masih belum dibuka dengan pembelajaran atas talian sahaja dilakukan. Akibatnya permintaan ke atas kamera web masih lagi tinggi. Sony telah mengeluarkan perisian yang mengubah kamera digital mereka menjadi kamera web kepada pelanggan yang memerlukan.

Sony ZV-1

Perisian Imaging Edge Webcam ini hanya menyokong sistem operasi Windows 10 64-bit sahaja tetapi tiada maklumat untuk versi Mac setakat ini.. Sebanyak 35 model kamera yang disokong seperti Alpha 9 II, Alpha 9, Alpha 7R IV, Alpha 7R III, Alpha 7R II, Alpha 7S II, Alpha 7S, Alpha 7 III, Alpha 7 II, Alpha 6600, Alpha 6400, Alpha 6100, RX100 VII, RX100 VI, RX0 II, RX0, ZV-1 dan Alpha 7S III.

Dengan pelancaran perisian ini, Nikon mengikut jejak langkah Nikon, CanonFujifilmGoPro dan Panasonic yang melancarkan perisian sama sejak wabak Covid-19 menyerang dunia. Untuk memuat turun perisian Imaging Edge Webcam sila ke pautan ini.

Komen