PKP di seluruh dunia meningkat keperluan kamera web untuk tujuan telesidang serta pembelajaran atas talian. Ini seterusnya mengakibatkan berlakunya kekurangan kamera web di pasaran. Nikon telah mengeluarkan perisian yang mengubah kamera digital mereka menjadi kamera web.
Perisian Webcam Utility Beta ini hanya menyokong sistem operasi Windows 10 64-bit sahaja buat masa ini dengan versi Mac sedang dibangunkan. Model kamera yang disokong pula adalah Z7, Z6, Z5, Z50, D850, D780, D500, D7500 dan D5600. Dengan pelancaran perisian ini, Nikon mengikut jejak langkah Canon, Fujifilm, GoPro dan Panasonic yang melancarkan perisian sama sejak wabak Covid-19 menyerang dunia.