Cari @ Amanz

Minggu lalu rekaan Sony Xperia 5 II tertiris ke arena web. Peranti ini dijangka dilancarkan pada 17 September kelak. Seperti biasa semakin hampir kepada pelancaran, pelbagai maklumat mengenainya akan mula tertiris dan ia akhirnya berlaku pagi ini.

Sony Xperia 5 II dilengkapi skrin 6.1″ OLED 120Hz dengan nisbah 21:9, dijana cip Snapdragon 865, memori sebesar 8GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 4000 mAh yang dicas menggunakan port USB-C.

Kamera utama menggunakan sensor 12MP lensa sudut lebar, 12MP lensa ultra sudut lebar dan lensa 12MP lensa telefoto dengan kemampuan zum optikal 3x. Kamera utama dihadkan kepada rakaman video sehingga 4K 60FPS sahaja pada waktu ini.

Peranti masih mengekalkan bicu audio 3.5mm, kemampuan kalis air IP68 dan pembesar suara stereo. Dengan kata lain Xperia 5 II ialah Xperia 1 II dengan saiz yang lebih kecil serta spesifikasi kamera yang direndahkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd