Cari @ Amanz

Selain siri Realme X7, sebenarnya jenama ini turut memperluaskan lagi penawaran produk terbaru mereka dengan memperkenalkan Realme V3. Ia merupakan sebuah peranti mampu milik daripada Realme yang hadir dengan sokongan rangkaian 5G secara terbina.

Realme V3 membawakan skrin bersaiz 6.5-inci LCD HD+ dengan resolusi HD+. Paparan ini dilihat hadir dengan rekaan bertakuk kecil untuk perletakan kamera hadapan sebesar 8-Megapixel. Untuk spesifikasi dalaman, ia menggunakan cip pemproses MediaTek Dimensity 720 dengan gabungan memori sehingga 8GB RAM dan ruang storan sehingga 128GB. Perisian yang digunakan pula adalah antaramuka Realme UI berasaskan Android 10 terkini.

Jika diperhatikan betul-betul, rekaan panel belakangnya kelihatan seakan sama dengan Realme C12. Untuk tetapan kamera utama, ia menyertakan sokongan tiga lensa dengan konfigurasi 13-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Melengkapi peranti juga adalah bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Untuk penawaran harga, Realme V3 dijual pada harga bermula RMB999 (~RM606) untuk versi 6GB + 64GB, RMB 1,399 (~RM849) untuk versi 6GB + 128GB dan RMB 1,599 (~RM970) untuk versi 8GB + 128GB. Buat masa ini, peranti ini hanya ditawarkan di pasaran China sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd