Cari @ Amanz

Misteri mengenai video peranti prototaip yang mempunyai panel belakang boleh berubah warna terungkai pagi ini. Vivo telah berkongsi video peranti prototaip terkini mereka yang menggunakan teknologi kaca elektrokromisme.

Elektrokromisme ialah fenomena yang berlaku apabila kaca boleh berubah warna apabila arus dialirkan menerusinya. Selama ini ia digunakan untuk kaca bilik mesyuarat, tandas awam di Jepun dan pada OnePlus Concept One pada awal tahun ini untuk menyorokkan kamera pada bahagian belakang.

Teknologi ini hanya memerlukan kuasa yang rendah dan tidak akan memberikan impak yang besar kepada prestasi bateri. Selain digunakan untuk mengubah warna peranti, terdapat juga kemungkinan untuk menghasilkan peranti lutsinar yang boleh diubah untuk tidak memaparkan komponen jika diperlukan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd