Carian
Jendela Fasa 2 Merancang Liputan 4G 100% Di Malaysia, Kelajuan Mudah-Alih Mencapai 100Mbps
September 5, 2020 Aman

Kerajaan sebelum ini telah berkongsi berkenaan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam usaha meningkatkan kadar kesalinghubungan rangkaian digital di Malaysia. Selari dengannya, melalui fasa pertama, ia sedia diumumkan rangkaian 3G akan ditamatkan, dan membuka ruangan kepada pengenalan rangkaian 5G dengan lebih meluas.

Selain daripadanya, untuk fasa pertama, kerajaan menyasarkan untuk mencapai liputan 4G sehingga 96.9% pada kawasan berpenduduk, selain kelajuan rangkaian mudah-alih mencapai 35Mbps.

Kini, selain fasa pertama, kerajaan turut memperlihatkan sasaran untuk fasa kedua JENDELA. Melaluinya, kerajaan menyasarkan untuk mencapai liputan 4G 100% pada kawasan berpenduduk di Malaysia. Beberapa kaedah akan dilihat dan ia tertakluk kepada capaian secara fizikal, atau penggunaan teknologi alternatif.

Disamping itu, kerajaan turut menyasarkan untuk mencapai kelajuan rangkaian mudah-alih sekitar 100Mbps ketika itu – yang mana dirancang sekitar 2022 kelak.

Pada tahun 2022 juga, selain kelajuan dan liputan 4G menyeluruh, pengenalan rangkaian 5G secara menyeluruh juga akan dilakukan.

Komen