Carian
Honor Hunter Akan Dilancarkan Minggu Hadapan
September 7, 2020 Amy Maizuraa


Komputer riba permainan pertama Honor disahkan bakal diperkenalkan secara rasmi minggu hadapan. Dikenali sebagai Honor Hunter, pelancaran rasmi komputer riba ini dijadualkan berlangsung pada 16 September ini dalam sebuah acara pelancaran yang akan diadakan di China.

Perancangan Honor untuk memperkenalkan komputer riba ini sudah kedengaran sejak sekian lama. Sebahagian informasi berkaitan peranti ini juga telah mula dikongsi – ia termasuklah mengenai rekaan yang akan dibawa oleh peranti, keupayaan sistem penyejukan padanya dan ia juga dipercayai hadir dengan cip pemproses AMD.

Buat masa ini hanya itu sahaja info tertiris yang diketahui, spesifikasi lain peranti masih menjadi teka-teki. Dalam perkembangan lain, Honor juga dilihat bakal memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka yang telah diumumkan di acara IFA 2020 iaitu Honor Watch GS Pro dan Honor Watch ES pada acara tersebut.

Komen