Samsung Dan LG Akan Menghentikan Bekalan Skrin Kepada Huawei

Samsung Dan LG Akan Menghentikan Bekalan Skrin Kepada Huawei

Diterbitkan pada Sep 10, 2020 oleh .

Semalam kami melaporkan Samsung Electronics dan SK Hynix akan menghentikan bekalan cip memori serta storan kepada Huawei bermula minggu hadapan kerana sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Seperti jatuh ditimpa tangga, Huawei kelak akan juga kehilangan pembekal panel skrin peranti mereka pula.

Reuters melaporkan Samsung Display dan LG Display akan berhenti membekalkan panel OLED kepada Huawei minggu hadapan. Cip yang mengawal skrin OLED tertakluk di bawah halangan perdagangan semikonduktor yang menggunakan teknologi dari A.S. Maka selepas ini Huawei hanya boleh menggunakan panel keluaran tempatan seperti BOE.

Tahun ini Huawei P40 Pro dan 40 Pro+ kedua-duanya dilaporkan masih menggunakan panel keluaran Samsung kerana teknologi yang diperlukan tidak mampu dihasilkan oleh BOE. Dengan pelbagai tekanan dari pelbagai arah mula menghujani Huawei, tidak mengejutkan terdapat ramalan Huawei mungkin akan keluar dar perniagaan telefon pintar jika situasi tidak menjadi lebih baik.



TIPS & ULASAN