Pelancaran Huawei Mate 40 Versi Global Mungkin Ditangguh Ke 2021

Pelancaran Huawei Mate 40 Versi Global Mungkin Ditangguh Ke 2021

Diterbitkan pada Sep 15, 2020 oleh .

Huawei dijangka melancarkan peranti siri Mate 40 mereka pada bulan Oktober. Tetapi dengan masalah mendapatkan stok pemproses serta skrin, kini kedengaran ura-ura pelancaran peranti versi global akan ditangguh ke 2021 pula.

Ini adalah menurut ciapan yang dihantar oleh @evleaks, versi global peranti ini akan hanya dilancarkan tahun hadapan. Walaupun tiada sebab diberikan boleh diagak adalah kerana Huawei mempunyai kekurangan stok pemproses, skrin, memori dan storan selepas ramai pembekal mula menghentikan bekalan.

Samsung menghentikan bekalan skrin, RAM dan storan. SK Hynic juga menghentikan bekalan memori manakala LG Display turut menghentikan bekalan skrin OLED. TSMC juga telah menghentikan pengeluaran cip Kirin dengan Richard Yu mengesahkan siri Mate 40 ialah yang terakhir menggunakan cip rekaan sendiri.



TIPS & ULASAN