Carian
Rekaan Oculus Quest 2 Tertiris Selepas Video Rasmi Diterbitkan Awal
September 15, 2020 Effi Saharudin

Rekaan peranti realiti maya realiti Oculus Quest 2 akhirnya tertiris menerusi sebuah video promosi yang telah diterbitkan awal secara tidak sengaja. Video dimuat naik ke laman Facebook Blueprint tetapi kini telah dipadam namun begitu sempat dimuat turun .

Oculus Quest 2 akan membawakan beberapa kemas kini berbanding Quest asal yang dilancarkan tahun lalu. Antara penambahbaikan yang dilakukan ialah RAM meningkat ke 6GB, storan meningkat ke 256GB dan kini pemproses Qualcomm Snapdragon XR2. Setiap skrin juga kini menyokong resolusi sehingga 2K untuk paparan kandungan yang lebih menarik.

Perubahan lain yang dilakukan ialah set kepala lebih kecil dan ringan serta tali pengikat yang lebih selesa digunakan pada bahagian kepala. Akhir sekali Quest 2 boleh menyokong permainan realiti maya menggunakan tangan sebenar.

Seperti Oculus Quest asal sepasang alat kawalan juga disertakan tetapi dengan rekaan lebih ergonomik. Akhir sekali menerusi Oculus Link pengguna boleh menyambungkan Quest 2 kepada sebuah PC untuk mengubahnya menjadi peranti realiti maya Rift. Tiada maklumat bilakah peranti akan dilancarkan tetapi pastinya semakin hampir dengan video rasmi telah dihasilkan.

Komen