Realme C17 Sokong Skrin 90Hz – Bakal Dilancarkan Pada Minggu Hadapan

Realme C17 Sokong Skrin 90Hz – Bakal Dilancarkan Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Sep 15, 2020 oleh .

Siri Realme Narzo 20 dikatakan mungkin muncul pada 21 September kelak. Dalam perkembangan terkini, nampaknya jenama ini bukan hanya muncul dengan satu model sahaja. Sebaliknya, sebuah lagi model turut akan dilancarkan pada tarikh yang sama.

Dikenali sebagai Realme C17, poster acah pelancaran rasmi peranti telah dikongsi oleh pihak Realme Bangladesh menerusi laman Facebook rasmi mereka. Pelancaran peranti ini akan diadakan secara global dan ia berlangsung secara atas-talian. Dalam pada itu, spesifikasi penuh peranti juga dikatakan telah tertiris.

Realme C17 dipercayai hadir dengan skrin bersaiz 6.5-inci IPS LCD HD+ bersama kadar segar semula 90Hz. Ia juga bakal menggunakan pemproses Snapdragon 460 dengan gabungan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Untuk kamera, ia membawakan sokongan kuad-kamera utama dengan konfigurasi 13-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (B&W) dan kamera swafoto pula sebesar 8-Megapixel. Melengkapinya juga adalah bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Buat masa ini, tiada maklumat tertiris berkaitan harga peranti ini yang diperoleh. Namun, ramai pihak menyasarkan Realme C17 akan ditawarkan pada julat harga yang lebih tinggi berbanding Realme C15 sebelum ini



TIPS & ULASAN