Royole FlexPai 2 Akan Dilancarkan 21 September Ini
September 16, 2020
Perkakasan
Effi Saharudin
Royole FlexPai ialah telefon pintar dengan skrin boleh-lipat pertama dunia tetapi tidak dipasarkan secara meluas. Walaupun sambutan untuk peranti generasi pertama mereka tidak berapa memberangsangkan, Royole masih belum ingin mengibarkan bendera putih. Pada 21 September ini, Royole FlexPai 2 akhirnya akan dilancarkan secara rasmi.

FlexPai 2 telah diumumkan pada Mac lalu tetapi tiada maklumat lengkap telah dikongsi. Setakat ini Royole disahkan akan menggunakan Snapdragon 865 dan skrin boleh-lipat sebesar 7.8″. Rekaan mekanisme Cicada Wing akan dikemaskini yang tidak menunjukkan alur lipatan apabila skrin berada pada kedudukan terbuka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.