Cari @ Amanz

Kalashnikov ialah pengeluar mesingan paling popular dunia iaitu AK-47. Ia menjadi simbol penentangan sayap kiri dan kerap dikaitkan dengan negara bekas Kesatuan Soviet. Selain mesingan, Kalashnikov turut telah menghasilkan dron terbang bersenjata dan motosikal terbang. Terkini mereka melancarkan pula senapang patah dengan sebuah komputer terbina.

Kalashnikov MP-155 Ultima ialah sebuah senapang patah dengan kaliber standard 12/76. Ia kelihatan cukup futuristik dengan tubuh yang diperbuat daripada bahan komposit. Sebuah komputer dengan skrin dan tombol kawalan diletakkan pada bahagian stock. Ia adalah berasaskan komputer mini Raspberry Pi.

Walaupun kelihatan seperti sebuah senjata canggih. MP-155 Ultima sebenarnya dihasilkan untuk golongan yang baru ingin berjinak dengan dunia senjata api. Terdapat kamera yang merakam setiap tembakan dan menganalisa prestasi pengguna. Rel Picatinny pada bahagian atas membolehkan aksesori lain seperti skop, lampu dan laser ditambah.

Data dari komputer dimuat turun menggunakan WiFi ataupun bluetooth. Sebuah port USB-C pada bahagian sisi disertakan untuk sambungan kamera tambahan.

Kalashnikov MP-155 Ultima akan mual dijual pada Januari 2021. Harga masih belum diumumkan tetapi dianggarkan sekitar $1400.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd