Cari @ Amanz

Kita sendiri dapat lihat, semakin hari penawaran peranti Realme dengan skrin kadar segar semula 90Hz semakin banyak membanjiri pasaran. Selain bakal muncul dengan Realme C17, nampaknya jenama ini akan memperkenalkan sebuah lagi peranti dengan skrin 90Hz dalam masa terdekat ini melalui pengenalan Realme Narzo 20 Pro.

Spesifikasi penuh peranti juga dikatakan telah tertiris. Di mana, ia dipercayai hadir dengan skrin bersaiz 6.5-inci FHD+ bersama kadar segar semula 90Hz. Ia juga dikatakan menyokong cip pemproses MediaTek Helio G95, memori sehingga 8GB RAM, storan dalaman sehingga 128GB dan bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Seterusnya, ia juga dikhabarkan menggunakan sistem kuad-kamera utama dengan konfigurasi 48-Megapixel (utama) (f/1.8) + 2-Megapixel (B&W) (f/2.4) + 2-Megapixel (makro) (f/2.4) + 8-Megapixel (ultra-lebar) (f/2.3). Kamera swafoto pula sebesar 32-Megapixel (f/2.1). Sebagai pilihan, ia didatangkan dengan dua pilihan warna menarik iaitu White Knight dan Black Ninja.

Di samping itu, spesifikasi sebuah lagi model di bawah siri Realme Narzo 20 juga dikatakan telah tertiris. Dikenali sebagai Realme Narzo 20A, peranti ini dipercayai hadir dengan skrin bersaiz 6.5-inci HD+, dijana cip Snapdragon 665, memori sehingga 4GB RAM, storan sehingga 64GB dan bateri 5,000mAh. Kameranya pula terdiri dengan gabungan lensa utama 12-Megapixel (utama) (f/1.8) + 2-Megapixel (B&W) (f/2.4) + 2-Megapixel (f/2.4) dan kamera hadapan pula 8-Megapixel.

Siri Realme Narzo 20 akan diperkenalkan secara rasmi pada 21 September kelak. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang bakal dipertaruhkan oleh Realme pada model kali ini. Sama-sama kita nantikan acara pelancaran tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd