Huawei Watch GT 2 Pro Akan Menjalankan Hongmeng OS Di China

Huawei Watch GT 2 Pro Akan Menjalankan Hongmeng OS Di China

Diterbitkan pada Sep 18, 2020 oleh .

Huawei Watch GT 2 Pro adalah jam tangan pintar premium dari Huawei. Ia baru sahaja dilancarkan pada minggu lepas, dengan bahan binaan seramik dan juga sokongan pengecasan nirwayar. Saiz skrin kekal 1.39″ OLED, cip Kirin A1, memori 32MB RAM dan 4GB storan dalaman serta ketahanan bateri 14 hari. Ia juga mempunyai GPS dan dijual pada harga pada harga €329 (~RM1618).

Versi global akan menjalankan sistem operasi LiteOS seperti biasa. Tetapi buat pertama kalinya, untuk pasaran China ia dilaporkan akan menjalankan sistem operasi Hongmeng OS. Ini adalah selari dengan video Huawei Watch yang tertiris baru-baru ini yang menjalankan sistem operasi baru ini. Dari segi antaramuka ia akan memberikan pengalaman penggunaan yang sama. Tetapi peralihan animasi, serta prestasi dilihat mungkin lebih pantas dan lancar.

Ini menjadikan Huawei Watch GT 2 Pro adalah peranti pertama Huawei menjalankan sistem operasi ini. Mungkin selepas menerima tindak balas dari pengguna China, pengguna global dapat mengemaskini jam mereka dari LiteOS ke HarmonyOS.



TIPS & ULASAN