Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy Tab Active 3 Tertiris

Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy Tab Active 3 Tertiris

Diterbitkan pada Sep 21, 2020 oleh .

Baru-baru ini, dua buah tablet terbaru Samsung baru sahaja dilancarkan. Dikenali sebagai Samsung Galaxy Tab S7 dan Samsung Galaxy Tab S7+, kedua-dua tablet ini dilengkapi sejumlah spesifikasi menarik termasuk paparan skrin dengan kadar segar semula 120Hz.

Tidak berapa lama selepas itu, muncul pula desas-desus mengatakan Samsung dalam perancangan untuk pengenalan sebuah lagi tablet iaitu Samsung Galaxy Tab Active 3. Ia adalah pengganti kepada Samsung Galaxy Tab Active2 yang dilancarkan sekitar tahun 2017 dan spesifikasi peranti ini didakwa tertiris sepenuhnya.

Imej Didakwa Samsung Galaxy Tab Active3 Tertiris

Menurut laporan SamMobile, peranti ini bakal hadir dengan paparan bersaiz 8-inci LCD dengan resolusi 1920 x 1200 piksel. Ia juga dipercayai menggunakan pemproses Exynos 9810, memori 4GB RAM, storan sehingga 128GB, bateri 5,050mAh, perisian Android 10 terkini. Jika anda perasan, pemproses yang digunakan ini adalah sama seperti yang ditemui pada Samsung Galaxy S9.

Peranti ini juga dipercayai hadir dalam dua variasi, iaitu versi 4G dan juga versi 5G, selain menyokong Bluetooth 5.0. Ia turut menyokong aksesori tambahan iaitu S-Pen yang dipertingkatkan dengan sokongan untuk kawalan jauh. Buat masa ini, tarikh pelancaran peranti masih menjadi tanda tanya.



TIPS & ULASAN