Xiaomi Melancarkan Little Whale Wash – Tandas Pintar Dengan Bahan Binaan Anti-Bakteria

Xiaomi Melancarkan Little Whale Wash – Tandas Pintar Dengan Bahan Binaan Anti-Bakteria

Diterbitkan pada Sep 21, 2020 oleh .

Xiaomi baru-baru ini mengembangkan lagi produk rumah pintar mereka dengan mangkuk tandas serba baharu. Ia dinamakan sebagai Little Whale Wash dan hadir dengan dua versi iaitu yang biasa atau juga edisi net cloud yang lebih pintar. Ini adalah berbeza dengan Jenny XS yang dilancarkan Julai lalu. Malah jika dibandingkan harga, produk terkini ini lebih murah.

Yang pertama sekali, tandas ini dibina dari bahan anti-bakteria, serta kalis air IPX4. Ia turut direka tanpa sebarang tangki air, kemampuan menyiram dengan tekanan tinggi, hadir dengan jet siphon, serta penutupnya boleh ditutup secara perlahan untuk mengelak bunyi bising. Seperti produk mereka dari tahun 2018, tempat duduknya hadir dengan sistem pemanas. Xiaomi turut menambah sensor cahaya yang mana akan memancarkan cahaya di waktu malam. Untuk perlindungan pengguna, sistem pemanas ini juga mempunyai sistem keselamatan agar kulit pengguna tidak mudah terbakar.

Bagi menjadikan mangkuk tandas ini lebih pintar, Xiaomi turut menyertakan sensor di bahagian kaki untuk menyiram atau apabila bangun sahaja sistem auto-siram akan aktif dalam masa lima saat. Versi net cloud yang lebih mahal hadir dengan bidet automatik, sistem membasuh punggung, pengering, sistem pembasuh yang turut boleh mengurut, alat kawalan jauh, paparan digital dan banyak lagi.

Harga jualan adalah bermula dari RMB1,099, iaitu sekitar RM668 sebagai harga perkenalan di laman Youpin.



TIPS & ULASAN