Antaramuka Google TV Tertiris – Android TV Yang Serba Baru

Antaramuka Google TV Tertiris – Android TV Yang Serba Baru

Diterbitkan pada Sep 25, 2020 oleh .

Google TV adalah nama baru bagi Android TV, yang mana peranti pertama menggunakan sistem operasi ini adalah dongel Chromecast With Google TV. Dongel ini akan dilancarkan pada 30 September bersama-sama dengan peranti berhubung baru Google serta dua peranti Pixel.

Terkini, satu imej pengolokan produk-produk Google telah tertiris. Ia memperlihatkan Pixel 5 berwarna hijau, pembesar suara Google Nest baru dan juga alat kawalan jauh untuk Dongel Google. Apa yang menarik adalah, gambar televisyen ini memperlihatkan tangkapan latar Google TV. Ia dilihat seakan aplikasi penstriman video dan bukannya antaramuka untuk sistem. Ini juga merupakan antaramuka serba baharu, yang dilihat sangat lain dan sangat cantik lagi kemas.

Ada kemungkinan besar, Google melangkaui Andorid TV berasaskan Android 10 dan terus lompat kepada Google TV berasaskan Android 11. Rekaann seperti ini dilihat lebih intuitif dan mudah untuk digunakan. Google juga jelas cuba menekankan penggunaan Google Assistant. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi 30 September ini.



TIPS & ULASAN