Cari @ Amanz

OnePlus Buds adalah TWS pertama mereka. Ia adalah TWS asas yang dijual pada harga lebih murah dari Apple AirPods dan pesaing lain. Kami gunakan TWS ini untuk seketika dan mendapati ia adalah TWS yang baik-baik sahaja, lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin memasuki ekosistem OnePlus.

Terkini, OnePlus telah mengacah kehadiran aksesori audio baru. Ia dilihat seakan imej sejenis fon telinga, yang mana mungkin adalah TWS jenis dalam telinga. Berbeza dengan OnePlus Buds yang jenis terbuka. Produk ini dikhabarkan adalah OnePlus Buds Z, yang mana adalah alternatif lebih murah berbanding OnePlus Buds asal. Ia dijangka akan diperkenalkan bersama-sama dengan OnePlus 8T pada 14 Oktober nanti.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd