OnePlus Mungkin Akan Hadir Dengan OnePlus Buds Z – TWS Yang Lebih Murah

OnePlus Mungkin Akan Hadir Dengan OnePlus Buds Z – TWS Yang Lebih Murah

Diterbitkan pada Sep 17, 2020 oleh .

OnePlus sejak kebelakangan ini mula memfokuskan kepada produk-produk yang dijual pada harga mampu milik. Walaupun di Malaysia harga jualan adalah mahal, tetapi masih menarik untuk melihat pelbagai penawaran produk mampu milik OnePlus ini.

Terkini, OnePlus dilaporkan mungkin akan hadir dengan OnePlus Buds Z – iaitu TWS yang lebih murah dari OnePlus Buds. “Z” adalah nama bagi produk audio mereka setakat ini, seperti Bullets Wireless Z – iaitu seakan Bullets Wireless 2 tetapi lebih murah. Dengan penawaran OnePlus Buds Z ini, OnePlus mungkin akan bersaing degan produk seperti Redmi AirDots atau TWS lain yang berbentuk kecil serta kompak.

Jika OnePlus Buds adalah klon AirPods yang berharga RM399 di Malaysia, mungkin kita boleh lihat klon Redmi AirDots pula berharga sekitar bawah RM200? Harapnya OnePlus akan menggunakan rekaan sendiri dan tidak meniru, agar tidak ditahan oleh kastam lagi apabila ingin dipasarkan di sesebuah negara.



Paling Popular