Cari @ Amanz

Perang perdagangan menyebabkan Huawei dimasukkan ke dalam senarai entiti yang menyebabkan ia tidak dibenarkan berurusan dengan syarikat dari A.S. Menurut laporan Reuters hari ini, Sony dan Kioxia Holdings telah memohon lesen dengan Jabatan Perdagangan A.S bagi membolehkan ia terus membekalkan komponen kepada Huawei.

Sony membekalkan sensor kamera manakala Kioxia pula menghasilkan cip memori yang diperlukan oleh Huawei. Huawei telahpun kehilangan Samsung dan SK Hynix yang menghentikan bekalan cip memori mereka bulan lalu. Sekiranya lesen diberikan, Sony dan Kioxia akan menyertai Intel yang dibenarkan terus membekalkan komponen kepada Huawei.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd