Carian
Fon Telinga Terbaru OnePlus Akan Muncul Seiring Dengan Pengenalan OnePlus 8T
October 5, 2020 Amy Maizuraa

OnePlus Buds Z dijangka bakal menjadi pengganti seterusnya untuk aksesori audio terbaru daripada OnePlus. Jenama ini juga dilihat telah mengacah kehadirannya dalam sejumlah imej penggoda yang tersebar. Sekaligus membuatkan banyak pihak tertanya-tanya mengenai kemunculan rasminya.

Enggan terus berteka-teki, OnePlus akhirnya memuat naik sebuah entri menerusi laman Twitter rasminya dengan mengesahkan bahawa aksesosi audio terbaru mereka akan muncul secara rasmi seiring dengan pengenalan OnePlus 8T. Tarikh tersebut adalah pada 14 Oktober ini. Tidak banyak maklumat yang didedahkan pada entri tersebut.

Sebalinya, OnePlus dilihat sekadar menyatakan bahawa aksesori audio ini akan dilengkapi sokongan kalis air dan debu IP55. Jika diteliti juga, imej pada entri berkenaan seakan memberi gambaran kasar mengenai reka bentuknya yang dilihat hadir rekaan jenis fon dalam telinga bertangkai. Namun begitu, ia masih di peringkat spekulasi semata-mata.

Menurut maklumat tertiris, OnePlus Buds Z dikhabarkan akan menjadi alternatif lebih murah berbanding OnePlus Buds asal yang diperkenalkan beberapa bulan lalu. Ia juga dipercayai hadir sokongan bluetooth 5.0 dan aplikasi khusus OnePlus Buds. Benar atau tidak, segalanya akan terjawab kelak.

Komen